Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

AMANAH: Mekar dalam Api # (L80)

HARGA: RM40.00 - RM36.00

Berat | 0.350kg
  • Kuantiti: 9
  • Produk SKU: 9789670067155
Qty
Penghantaran

Tajuk: AMANAH: Mekar dalam Api #
ISBN: 9789670067155
Penerbit:  ILHAM Books
Penulis: Muhaimin Sulam
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 302
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.350kg
Dimensi (cm): 20.5cm x 13.5cm x 1.5cm
 
SINOPSIS
 
 

Buku Amanah: Mekar Dalam Api merupakan memoir perkembangan suatu idealisme melalui likuan yang penuh ranjau dan duri sebuah parti Islam di Malaysia iaitu Parti Amanah Negara. Politik bukanlah suatu persoalan hitam putih yang mudah untuk diputuskan. Menulis kembali cerita lama seperti membuka luka lama yang belum sembuh. Sejarah adalah ibrah buat semua yang ingin maju ke hadapan. Biar sepahit mana sekali sejarah itu diketahui, jika ibrah yang dicari, kemanisan hidup bermasyarakat dan bernegara akan dapat dikecapi maknanya.

Buku ini adalah manifestasi sebuah perjalanan politik idealis. AMANAH itu sendiri suatu nilai yang ideal. Suatu cabaran besar untuk sebuah parti politik atau mana-mana ahli politik yang menjadikan nilai amanah sebagai suatu idealisme.

Antara persoalan paling kritikal kepada AMANAH setelah berusia lapan tahun adalah apakah idealisme perjuangan politik AMANAH sudah berubah? Apakah perubahan yang berlaku dalam AMANAH? Apakah apabila menjadi sebahagian kerajaan dan bekerjasama dengan musuh politik mereka dahulu membuatkan AMANAH hilang idealisme perjuangan politik mereka? Bagaimanakah AMANAH mampu beradaptasi dengan perubahan-perubahan yang berlaku dengan pantas ini?