Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Dirgahayu Tuanku Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008 (L5)

HARGA: RM65.00 - RM58.50

Berat | 0.748kg
  • Kuantiti: 4
  • Produk SKU: 9789834428624
Qty
Penghantaran

"Daripada buku ini juga, kita dapat menyingkap institusi kesultanan Terengganu sebagai penggerak utama yang membawa negeri ini melalui tahap perkembangan ekonomi, keagamaan serta seni budaya sebelum kedatangan penjajah Inggeris. Pelbagai sumber membuktikan bahawa sejak zaman pengasasannya pada awal abad ke 18 lagi, megeri ini sudah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, mencipta dan mengunakan mata wang dan sistem timbangan, menjalankan perdagangan,serta melakukan aktiviti pertukangan seni kraf tangan dan perindustrian pembinaan kapal sehingga diberi jolokan oleh pengunjung Barat sebagai Birmingham of peninsula.

Beta juga turut merasa bangga menyusuri peranan kesultanan Terengganu sebagai sebuah institusi pemerintahan yang menjadi tonggak perjuangan mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan tanah air, penyubur syiar Islam, pendorong kemajuan intelektual dan pemodenan, penjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat jelata serta penaung budaya dan warisan. Berkat kebijaksanaan Sultannya, negeri Terengganu tercatat dalam Lembaran sejarah tanah air sebagai negeri paling akhir dijajah oleh Inggeris iaitu pada tahun 1919 dan berjaya meminimumkan atau mengurangkan kesan buruk menguasaan penjajah. Beta percaya ketegasab pendirian Sultan Terenggganu itu menjadu inspirasi bagi gerakan nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan tanah air kita"

Petikan Perutusan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Pengerusi Yayasan Diraja Sultan Mizan, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Terengganu dan Segala Jajahan Takluknya serta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII.