Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Nusaibah # (L12)

HARGA: RM30.00 - RM27.00

Berat | 0.300kg
  • Kuantiti: 26
  • Produk SKU: 9789672234395
Qty
Penghantaran

Tajuk: Nusaibah Wanita Madinah Pertama Memeluk Islam
ISBN: 9789672234395
Penerbit: Latip dan Keluarga Enterprise
Penulis: Abdul Latip Talib
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 217
Halaman: Hitam Putih 
Format: Softcover
Berat (kg): 0.3 kg
Dimensi (cm): 21.4 cm x 14 cm x 1.1 cm
 
SINOPSIS
 
Yang tidak kita sedari, berjayanya seorang lelaki, berdiri di belakangnya seorang wanita yang hebat. Tanpa mengenal kekasih Allah SWT, beliau dari Madinah, menjadi wanita pertama yang memeluk Islam, bersama suami dan anak-anaknya.
 
Beraninya beliau, menjadi pembakar semangat kaum Muslimin berperang. Walau tidak mengangkat senjata pada mulanya, kekuatan seorang wanita terserlah. Tidak gentar melihat gerunnya perangm darah mengalir bak sungai. Beliau bersama-sama kaum Muslimah yang lain, turut berjuang di belakang tabir.
 
Perang Uhud yang mencatat sejarah, kekalahan tentera Islam, menjadi saksi kecintaan utuh Nusaibah kepada Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT. Belau pertama kali mengangkat senjata, menjadikan badannya sebagai perisai mempertahankan nabi yang dicintainya.
 
Nabi Muhammad SAW berkata, "Setiap kali aku menoleh ke kanan ataupun ke kiri, aku melihat Nusaibah berjuang bermati-matian untuk melindungiku. Allahuakbar, hebatnya beliau sehingga Nabi Muhammad SAW memohon kepada. Allah SWT, jadikan Nusaibah dan keluarganya sebagai teman-teman baginda di syurga kelak.
 
Perjuangannya kepada Islam, langsung tiada galang gantinya. Walaupun selepas kewafatan. Nabi Muhammad SAW, beliau terus berjuang bermati-matian. Kematian anak yang dicintainya, yang syahid di jalan Allah SWT, menambahkan lagi kecintaannya kepada islam. Hebatnya Nusaibah yang hidupnya untuk Islam, matinya untuk Islam.