Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa #(L46)

HARGA: RM35.00 - RM31.50

Berat | 0.255kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789672007388
Qty
Penghantaran

 

Tajuk: Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa
ISBN: 9789672007388
Penerbit: ilhambooks
Penulis: Zulkifli Hasan, Muhammad Amin Mubarak,
Wan Harith Iskandar Wan Roslan, Idayu Mumtaz Iskandar
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama, 2020
Muka Surat:172
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.255
Dimensi (cm): 20.5cm x13.5.cm x1cm

 Penulisan buku ini menggabungkan idea yang didapati menerusi rujukan dan pengalaman. Kandungan buku ini bukan hanya bersifat akademik menganalisa kajian-kajian dan amalan-amalan Kesatuan Pelajar sedia ada tetapi mengandungi pengalaman secara langsung penuh bermakna merealisasikan hasrat penubuhan Kesatuan Pelajar. Dengan motivasi bahawa buku ini boleh dijadikan rujukan kepada ramai khususnya para pengkaji gerakan mahasiswa, kami tampilkan kandungan buku ini dengan fakta, teori, falsafah, amalan, sejarah, analisa dan pemerhatian mengenai Kesatuan Pelajar di Malaysia dan luar negara. Buku ini juga berkongsi pengalaman dan pemerhatian terhadap reaksi dan maklum balas pemegang taruh dan pihak berkepentingan mengenai usaha ke arah penubuhan Kesatuan Pelajar.

"Antara persoalan-persoalan genting yang perlu dijawab adalah sama ada semangat penerokaan yang hilang dalam kalangan mahasiswa, intelektual dan ahli akademik akan kembali dan sama ada budaya “patuh” ini akan dipecahkan. Adakah aspek-aspek ini akan kembali sama seperti hari-hari sebelum AUKU mencengkam dunia kampus yang mana sebelum ini syurga nilai intelektual dan keberanian? Saya berharap, buku ini akan menutup jurang sedia ada, dan masyarakat mahasiswa khususnya akan memimpin ke hadapan dengan kematangan dan kebijaksanaan. - PROF EMERITUS TAN SRI DATO’ DZULKIFLI ABDUL RAZAK, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

"Buku yang ditatap oleh para pembaca juga merupakan satu manual untuk membicarakan dengan lebih lanjut mengenai hakikat sebenar Kesatuan Pelajar dan bezanya dengan sistem Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini. Hakikatnya, kewujudan Kesatuan Pelajar di universiti-universiti memerlukan kepada perubahan holistik di seluruh ekosistem institusi pengajian tinggi di seluruh negara dan juga perubahan menyeluruh minda dan persepsi siswa, para pensyarah dan pentadbir universiti." - DR MASZLEE MALIK, Mantan Menteri Pendidikan

Untuk membaca kata pengantar, lihat di sini.

---------

Zulkifli Hasan (PhD, Prof Madya) merupakan Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Teknikal Kajian Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Jawatankuasa Pembentukan Kesatuan Pelajar dan Jawatankuasa Kerja Pembentukan Kesatuan Pelajar di peringkat nasional. Beliau pernah menerima biasiswa Fulbright sebagai felo pelawat dan menjalankan kajian di New York, Amerika Syarikat dan terpilih mewakili Malaysia ke Jepun dalam program prestij dibiayai Japan Foundation. Beliau menerbitkan banyak karya ilmiah diiktiraf dan diterbitkan dalam dan luar negara. Beliau sangat aktif serta berpengalaman dengan aktivisme mahasiswa dan kerja kemasyarakatan di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau pernah menerima Anugerah The Upcoming Scholar di peringkat Antarabangsa oleh Global Islamic Finance dan karya beliau termasuk laman sesawang www.zulkiflihasan.com telah memenangi anugerah blog terbaik dan karya terbaik di peringkat kebangsaan.

Muhammad Amin Mubarak merupakan pelajar tahun akhir jurusan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau terlibat aktif dalam aktivisme mahasiswa dalam dan luar kampus. Beliau memegang jawatan ahli Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan Pelajar UIAM dan Exco Advokasi dan Perhubungan Awam Protem Kesatuan Pelajar UIAM 19/20. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan 17/18. Bakat dan minat beliau dalam intelektual aktivisme terserlah di mana beliau adalah pengasas kepada Wacana Intelektual ‘Sembang Kencang’ di bawah Persatuan Belia Harmoni UIAM ketika menjadi Ketua Jawatankuasa Akademik dan Intelektual Persatuan Belia Harmoni UIAM yang kini sudah hampir 10 edisi dilaksanakan. Selain itu, beliau juga aktif dalam aktivisme di luar kampus di mana terpilih menjadi Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Selangor dan terlibat aktif di dalam aktivisme politik mahasiswa.

Wan Harith Iskandar Wan Roslan merupakan alumni Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM tahun 2019. Dia telah memenangi Anugerah Pelajar Terbaik Ko-kurikulum peringkat Kuliyyah dan merupakan Valedictorian bagi Majlis Konvokesyen UIAM ke-35. Pada pilihan raya kampus 2018, beliau telah memenangi kerusi bagi Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim dan dilantik menjadi Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Beliau memegang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan Pelajar dan Penasihat (Undang-Undang) bagi Kesatuan Pelajar UIAM. Beliau juga terlibat di dalam Jawatankuasa Pindaan Undang-Undang Disiplin Pelajar UIAM. Beliau adalah antara pimpinan mahasiswa yang terlibat aktif secara langsung dalam usaha penubuhan Kesatuan Pelajar dan telah membentangkan kertas kerja penubuhan Kesatuan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Dari sudut penglibatan luar kampus pula, beliau dilantik menjadi ahli Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan 2019 yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan terlibat dalam pelbagai program anjuran Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini beliau sedang bekerja di firma guaman, Fariz Halim & Co dan masih aktif dalam agenda pemerkasaan mahasiswa peringkat universiti dan nasional.

Idayu Mumtaz Iskandar ialah seorang anak jati Sabah yang merupakan sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2018/2019 dan Exco Pendidikan Kesatuan Pelajar UIAM 2019/2020. Terlibat aktif sebagai panelis dalam beberapa forum membicarakan hal ehwal mahasiswa, isu-isu nasional dan antarabangsa. Beliau juga tampil dalam rancangan TV mewakili suara mahasiswa membicarakan topik terkini dan isu semasa. Sebagai aktivis mahasiswa yang sentiasa mengutamakan aspek pendidikan, beliau percaya bahawa dunia yang lebih baik dan adil adalah apabila tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam mendapat akses pendidikan yang berkualiti.